Tuesday, March 10, 2020

Trip ke Limbang Part 2

Assalamualaikum and Salam sejahtera guys..jumpe lagi dalam corat-coret aku sepanjang berada di Limbang bahagian kedua ni.. Buat korang yang belum pernah sampai ke Limbang..Aku nak bagi la sikit info pasal tempat ni yer....
   Limbang ni...kalau korang nak tau,hanyalah sebuah pekan kecil.Populasi penduduk disini adalah sekitar 93,000 orang..terdiri dari berbagai etnik antaranya Melayu,Iban,Cina,Kedayan,Lun Bawang,Bisaya dan beberapa etnik lagi...Kepelbagaian ni lah yang buat Limbang ni  menarik...jangan risau kerana orang sini ramah2 belaka...😁
Makanan2 di sini pon sedap2 antaranya Laksa Sarawak,Kolo Mee,Mee Goreng Basah Sarawak dan pelbagai jenis lagi.Bolehlah korang cuba bila berkunjung kesana nanti....banyak restoran dan gerai2 yang menjual makanan setempat...

*Kolo Mee*

*Mee Goreng Basah*
*Jangan terkejut tau,tak sama macam kat Semenanjung*


*Suasana Medan selera Tamu Limbang*
                   


*Pemandangan kampung Seberang Kedai *
             

*Suasana Medan Selera Tamu Limbang*
                     
*🤪🤓Pelanggan yang sedang tunggu makanan*

 Walaupun Limbang ni kecil,tetapi bagi aku takde lah membosankan sangat..Ada banyak tempat riadah di sekitar pekan ni..cuma korang rajin dengan tak jer nak buat aktiviti2 ni...contoh aktiviti hiking di Bukit Mas, Jogging atau bersiar-siar di Taman Bukit Mas, Jogging atau swimming di Kompleks Stadium Limbang.
*Stadium Limbang*

*Taman Tasik Mas*

*Taman Tasik Mas*

*Taman Tasik Mas*

 




 Bagi aku pulak...aktiviti yang paling aku gemari kalau balik ke Limbang ni adalah memancing...gile baq Ang!!!!......
Memancing tengah town....boleh pakai hensem2..Kau hadoo?!!!😆😆..Jadi sementara ada masa sebelum acara makan besar CNY keluarga mertua aku,dapatlah aku isi dengan aktiviti memancing.Antara hasil tangkapan yang aku dapat untuk kali pertama ialah ikan Lawang dan ikan Duri.Kali ni aku ditemani pakcik bini aku..Uncle James.


*Otai masih berbisa,pakcik bini aku*

*Ikan Lawang dan ikan duri*
*Sunset*

*Pemandangan dikala senja*
Aku suka aktiviti memancing ni sebab bukan saja kita boleh dapat ikan,kita juga boleh melihat keindahan alam ciptaan tuhan yang maha kuasa...korang tengok jer foto2 yang aku paparkan kat atas tu...menarik kan?.....

No comments:

Post a Comment