Assalamualaikum and Salam sejahtera guys..jumpe lagi dalam corat-coret aku sepanjang berada di Limbang bahagian kedua ni.. Buat korang yang belum pernah sampai ke Limbang..Aku nak bagi la sikit info pasal tempat ni yer....
Limbang ni...kalau korang nak tau,hanyalah sebuah pekan kecil.Populasi penduduk disini adalah sekitar 93,000 orang..terdiri dari berbagai etnik antaranya Melayu,Iban,Cina,Kedayan,Lun Bawang,Bisaya dan beberapa etnik lagi...Kepelbagaian ni lah yang buat Limbang ni menarik...jangan risau kerana orang sini ramah2 belaka...😁
Makanan2 di sini pon sedap2 antaranya Laksa Sarawak,Kolo Mee,Mee Goreng Basah Sarawak dan pelbagai jenis lagi.Bolehlah korang cuba bila berkunjung kesana nanti....banyak restoran dan gerai2 yang menjual makanan setempat...
 |
| *Kolo Mee* |
 |
*Mee Goreng Basah*
*Jangan terkejut tau,tak sama macam kat Semenanjung* |
 |
| *Suasana Medan selera Tamu Limbang* |