Hai.. Assalamualaikum dan salam sejahtera
Thanks guys sebab sudi berkunjung ke blog aku yang tak seberapa ni.Al maklumlah ni pertama kali aku nak tulis blog,kira tak expert lagi la๐คญ๐คญ...Untuk kali ni,aku just nak share pengalaman aku sepanjang berada di Limbang,kampung kelahiran wife aku bersempena sambutan Chinese New Year 2020(tahun tikus).Semoga dengan perkongsian ni boleh dijadikan rujukan bagi korang yang belum pernah ke Limbang dan akan kesana..mana la tau kan berjodoh dengan orang Limbang nanti hehehe๐๐
Buat pengetahuan korang..sebenarnya aku dah banyak kali sampai Limbang ni..semenjak berkawin dengan wife pada 2012..Cuma kali ni rasa terpanggil untuk share ape aktiviti² menarik dan apa yang telah aku lakukan sepanjang berada di sana.
 |
Hotel Purnama dan Limbang Plaza
*Aku rasa keduanya adalah bangunan tertinggi di Limbang* |
Trip kali ni pada 18/1/2020..aku sekeluarga
landing di Labuan setelah penerbangan mengambil masa 2 jam 20 minit dari KLIA2...
Selesai segala urusan di Airport..kami menggunakan teksi untuk ke Terminal Feri Antarabangsa Labuan..perjalanan dari airport ke terminal feri mengambil masa sekitar 10 minit.Untuk pengetahuan korang satu²nya cara nak ke Limbang dari Labuan ialah menggunakan pengangkutan air...iaitu feri ekspres.Ada dua jadual waktu perjalan dari Labuan ke Limbang iaitu pada jam 11.30 pagi dan 1.30 petang.
 |
| Tiket feri |
 |
| Terminal Feri Antarabangsa Labuan |