Tuesday, March 10, 2020

Trip ke Limbang Part 2

Assalamualaikum and Salam sejahtera guys..jumpe lagi dalam corat-coret aku sepanjang berada di Limbang bahagian kedua ni.. Buat korang yang belum pernah sampai ke Limbang..Aku nak bagi la sikit info pasal tempat ni yer....
   Limbang ni...kalau korang nak tau,hanyalah sebuah pekan kecil.Populasi penduduk disini adalah sekitar 93,000 orang..terdiri dari berbagai etnik antaranya Melayu,Iban,Cina,Kedayan,Lun Bawang,Bisaya dan beberapa etnik lagi...Kepelbagaian ni lah yang buat Limbang ni  menarik...jangan risau kerana orang sini ramah2 belaka...๐Ÿ˜
Makanan2 di sini pon sedap2 antaranya Laksa Sarawak,Kolo Mee,Mee Goreng Basah Sarawak dan pelbagai jenis lagi.Bolehlah korang cuba bila berkunjung kesana nanti....banyak restoran dan gerai2 yang menjual makanan setempat...

*Kolo Mee*

*Mee Goreng Basah*
*Jangan terkejut tau,tak sama macam kat Semenanjung*


*Suasana Medan selera Tamu Limbang*
                   

Wednesday, January 29, 2020

Trip ke Limbang Part 1

Hai.. Assalamualaikum dan salam sejahtera


  Thanks guys sebab sudi berkunjung ke blog aku yang tak seberapa ni.Al maklumlah ni pertama kali aku nak tulis blog,kira tak expert lagi la๐Ÿคญ๐Ÿคญ...Untuk kali ni,aku just nak share pengalaman aku sepanjang berada di Limbang,kampung kelahiran wife aku bersempena sambutan Chinese New Year 2020(tahun tikus).Semoga dengan perkongsian ni boleh dijadikan rujukan bagi korang yang belum pernah ke Limbang dan akan kesana..mana la tau kan berjodoh dengan orang Limbang nanti hehehe๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†

  Buat pengetahuan korang..sebenarnya aku dah banyak kali sampai Limbang ni..semenjak berkawin dengan wife pada 2012..Cuma kali ni rasa terpanggil untuk share ape aktiviti² menarik dan apa yang telah aku lakukan sepanjang berada di sana.

Hotel Purnama dan Limbang Plaza
*Aku rasa keduanya adalah bangunan tertinggi di Limbang*


Trip kali ni pada 18/1/2020..aku sekeluarga
 landing di Labuan setelah penerbangan mengambil masa 2 jam 20 minit dari KLIA2...


Selesai segala urusan di Airport..kami menggunakan teksi untuk ke Terminal Feri Antarabangsa Labuan..perjalanan dari airport ke terminal feri mengambil masa sekitar 10 minit.Untuk pengetahuan korang satu²nya cara nak ke Limbang dari Labuan ialah menggunakan pengangkutan air...iaitu feri ekspres.Ada dua jadual waktu perjalan dari Labuan ke Limbang iaitu pada jam 11.30 pagi dan 1.30 petang.

Tiket feri


Terminal Feri Antarabangsa Labuan


Terminal Feri Antarabangsa Labuan


Terminal Feri Antarabangsa Labuan

Perjalanan mengambil masa 2 jam tau korang...kalau jenis yang mabuk laut tu standby la apa yang patut ye๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„..kadang² ombak kuat..kalau tak tahan keluar isi perut nanti..



Suasana dalam feri ekspres



Pemandangan dari dalam feri

Jambatan terpanjang Asia milik Brunei

Jambatan terpanjang Asia milik Brunei 

Kampung Seberang Kedai,Limbang
Okey korang..setelah menempuhi perjalanan selama 2 jam menggunakan feri,kini tibalah kami ke destinasi yang ditujui...Limbanggg...

Terminal penumpang

View dari terminal feri Limbang..cantikkan?

Alhamdulillah..perasaan gembira sampai ke destinasi